BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 20 Mei 2009

Bola Baling di SMKKAP

Sebelum saya datang ke SMKKAP. SMKKAP sememangnya telah dikenali sebagai sebuah sekolah yang memiliki pasukan bola baling yang kuat. Saban tahun ada sahaja pasukannya yang menjadi Johan MSSD Daerah Pontian. Sama ada lelaki maupun perempuan. Seiringan dengan itu, ramai dari ahli pasukan SMKKAP telah terpilih mewakili Daerah Pontian ke MSSJ.

Malah, pada tahun 2006, dengan 10 orang pemain dari pasukan P15 SMKKAP, pasukan Daerah Pontian telah menjadi N.Johan MSSJ.

Terima kasih tak terhingga kepada 2 orang kuat bola baling SMKKAP.... Cikgu Khairul (Sejak 2003) dan Cikgu Nazarizal (Sejak 2004) yang telah berkorban bukan sahaja tenaga.. malah masa dan wang ringgit demi pembangunan pasukan bola baling SMKKAP ini.

Tahun ini.. seorang muka baru iaitu Cikgu Zaki telah diketengahkan bagi membimbing pasukan bola baling sekolah ini. Terima Kasih Cikgu Zaki... teruskan usaha anda.

Bagi murid-murid yang telah berjasa terhadap SMKKAP selama ini, terutama dalam Bola Baling. Saya ucapkan setinggi2 tahniah dan penghargaan atas jasa-jasa anda semua... Saya bangga dengan anda.

Lebih membanggakan saya.... apabila dimaklumkan bahawa kebanyakkan murid yang mewakili pasukan bola baling telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Tahniah kepada anda semua. May God bless all of u...



Rentetan peristiwa Kejohanan Bola Baling 2009

0 ulasan: