- Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
- Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
- Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
- Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
- Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
- Memastikan perancangan aktiviti tahunan didokumentasikan, difailkan dan sesalinan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.
- Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
- Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Kelab/Persatuan/ Unit Beruniform/Kelab Sukan dan Permainan.
- Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
- Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
- Mendaftarkan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Kelab Sukan dan Permainan kepada Pengetua atau Badan Induk.
- Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
- Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik.
- Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
- Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
- Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
- Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
- Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
- Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
- Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
- Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
Ahad, 16 Ogos 2009
Senarai Tanggungjawab Guru Penasihat Unit Beruniform / Persatuan atau Kelab / Kelab Sukan dan Permainan
Dicatat oleh GPKkoko di 4:25 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan